Profail Akademi Pengajian Melayu | Academy of Malay Studies' Profile

VISI, MISI DAN OBJEKTIF AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Visi
Untuk menjadi pusat ilmu Pengajian Melayu yang ternama di peringkat antarabangsa dalam pengajaran, penyelidikan, pendokumentasian dan penerbitan.

Misi
Untuk memajukan bidang ilmu Pengajian Melayu dari segi pengajaran dan pembelajaran melalui penyelidikan, pendokumentasian dan penerbitan berkualiti untuk agama, bangsa dan negara.

Objektif Akademi Penubuhan Akademi Pengajian Melayu

1. Mencari, mentakrif dan mengembangkan ilmu berdasarkan kebenaran yang bersendikan akidah
Islam.

2. Melahirkan ilmuan Pengajian Melayu yang cemerlang dan berjaya secara duniawi dan ukhrawi.

3. Menyediakan graduan dan ilmuan yang cekap, berinovatif, beriltizam, beradab, beragama, berwawasan dan peka terhadap perkembangan ilmu agama dan ilmu keduniaan.

4. Mempertingkatkan serta melengkapkan usaha-usaha pendokumentasian bahan-bahan ilmu berhubung dengan Pengajian Melayu dan memasyarakatkan bahan-bahan tersebut.

5. Menjadi pusat kegiatan penyelidikan Melayu yang utama dan terpenting di dunia. Merakam, mengumpul, menyimpan, dan memasyarakatkan segala bentuk data tentang Pengajian Melayu.

6. Menjadi pusat kegiatan Pengajian Melayu yang terunggul di dunia dengan kegiatan seminar, persidangan, dan kegiatan akademik lain yang berhubung dengan orang Melayu.

Untuk mencapai objektif-objektif di atas, jabatan-jabatan yang terdapat di APM telah ditubuhkan dengan arah tujuannya yang tersendiri tetapi bersifat intergratif dan saling melengkapi


LATAR BELAKANG AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Akademi Pengajian Melayu (APM) telah ditubuhkan pada tahun 1990 hasil daripada Laporan Lembaga Pengajian mengenai Akademi Pengajian Melayu. Pada masa itu, Akademi Pengajian Melayu memberi tumpuan kepada kegiatan penyelidikan, penerbitan, dan pendokumentasian, iaitu sebagai pelengkap kepada fungsi yang dijalankan oleh Jabatan Pengajian Melayu (JPM) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pada 14 Julai 1995, Jabatan Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Melayu bergabung dengan rasminya untuk menjadi satu institusi akademi di Universiti Malaya. Kegiatan utama APM terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian Pengijazahan dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan. Bahagian Pengijazahan terdiri daripada Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Linguistik Melayu, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu. Mulai tahun 2012, Jabatan Sosio-Budaya Melayu dan Jabatan Kesenian Melayu telah bergabung dari segi pengurusan dan membentuk Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu. Jabatan Penyelidikan, Jabatan Dokumentasi dan Jabatan Penerbitan telah dibubarkan dan fungsi-fungsi jabatan tersebut diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.

MISI PENUBUHAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Menjadi pusat kecemerlangan Pengajian Melayu dalam penyebaran dan pengayaan ilmu penyelidikan, pendokumentasian, penerbitan, dan kegiatan-kegiatan akademik yang lain, dan secara khusus meletakkan sumbangan Islam sebagai asas penting demi memberikan sumbangan kepada negara dan kesejahteraan sejagat.

JABATAN-JABATAN AKADEMIK, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Pada masa ini terdapat empat Jabatan Pengajian Pengijazahan yang mengendalikan kursus-kursus
pada peringkat Ijazah Tinggi, iaitu:

1. Jabatan Bahasa Melayu
2. Jabatan Kesusasteraan Melayu
3. Jabatan Linguistik Melayu
4. Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu


1. Jabatan Bahasa Melayu

Jabatan Bahasa Melayu menyediakan kursus yang lebih menumpukan pengajian kepada korpus bahasa Melayu baku. Antara kursus yang ditawarkan ialah Tatabahasa, Bahasa Melayu Lisan, Stilistik, Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Kosa Kata dan Peristilahan, Laras, Semantik, Analisis Wacana, Pengajaran, Leksikografi, Kesantunan, dan Dialektologi.



2. Jabatan Kesusasteraan Melayu

Jabatan Kesusasteraan Melayu menumpukan pengajian kepada teori dan praktikal dengan penumpuan kepada tiga jurusan utama, iaitu Sastera Teras dan Pengajaran Sastera Pengurusan dan Pemasaran Sastera; dan Sastera Kreatif dan Penyuntingan Sastera. Pemahaman dan penguasaan terhadap Sejarah Kesusasteraan Melayu, Teori Sastera, Kritikan Sastera dan genre - genre sastera baik dalam sastera tradisional mahupun moden diberikan penekanan. Disamping itu, penumpuan juga turut diberikan kepada kursus-kursus yang bersifat praktikal dan profesionalisme seperti Pengurusan dan Pemasaran Sastera, Penyuntingan Sastera, Pengajaran dan Penilaian Sastera, Penulisan Kreatif; dan Sastera dan Undang-Undang.


3. Jabatan Linguistik Melayu

Jabatan Linguistik Melayu menumpukan kajian kepada disiplin linguistik global dan bahasa-bahasa serumpun Melayu yang terdapat di Alam Melayu, iaitu Pengantar Linguistik Melayu, Kaedah Penyelidikan Linguistik Lapangan,  Pengantar Linguistik Berkomputer, Fonologi, Tipologi Bahasa, Kaedah Penyelidikan Linguistik Lapangan, Pengantar Linguistik Berkomputer, Fonologi, Tipologi Bahasa, Struktur Bahasa Jawa, Struktur Bahasa Iban, Linguistik Bandingan, Teori Asas Nahu dan Penerapannya, Etnolinguistik, Geolinguistik Alam Melayu, Perbandingan Sistem Antara Bahasa, Linguistik Korpus, Leksiko-Semantik, Kajian Bahasa Klasik, Pragmatik, pertembungan  Bahasa, Dialektologi, Linguistik Teks, Sosiolinguistik, Sosiologi Bahasa dan Kemahiran Berbahasa.


4. Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu

Sosio-Budaya Melayu menumpukan pengajian kepada masyarakat dan budaya Melayu, iaitu tentang Etnografi Melayu, Teori Kajian Masyarakat dan Budaya, Kekeluargaan, Agama dan Kepercayaan, Perubatan dan Kesihatan, Hukum Adat, Pemikiran Masyarakat Melayu dalam Era Globalisasi, Budaya Popular Melayu, seni Budaya Melayu, Politik dan Ekonomi Melayu, Identiti Melayu, Gender, Masyarakat dan Budaya, Organisasi dan proses-proses sosial, hubungan etnik dan warga tua dalam masyarakat Melayu.

Kesenian Melayu menumpukan pengajian kepada aspek teoretis dan pragmatis tentang bidang kesenian dengan penumpuan kepada tiga bidang utama, iaitu Seni Rupa, Seni Persembahan dan Pengurusan Seni. Pengajian ini akan memberi tumpuan kepada keberhasilan bentuk-bentuk seni rupa dan seni persembahan mengikut jenis atau genrenya dengan mengambil kira aspek penghasilan atau proses kreativitinya, nilai estetika, keberhasilannya dan kepentingannya dalam masyarakat Melayu. Pengajian Pengurusan Seni mengutamakan aspek skil dan organisasi kerja serta perancangan bersabit dengan penghasilan seni. Jabatan ini menyedari kepentingan keilmuan pengajian kesenian sebagai suatu proses yang bersifat kreatif, kemahiran, usaha sama, bernilai estetika dan berimpakkan aural, visual dan teknologi.


KEPAKARAN PENSYARAH

Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik 

Safiah Karim 


  1. Tatabahasa 
  2. Sosiolinguistik
  3. Pengajaran Bahasa



Prof. Madya Dr. Ab Razak Ab 
Karim 

  1. Laras Bahasa Melayu
  2. Fonologi Bahasa
  3. Stilistik Bahasa Melayu
  4. Genre dan Wacana Bahasa 
  5. Melayu
  6. Manuskrip Melayu


Prof. Madya Dr. Indirawati 
Zahid

  1. Pragmatik
  2. Prosodi/Intonasi
  3. Semantik Bahasa Melayu


Prof. Madya Dr. Puteri Roslina 
Abdul Wahid 

  1. Psikolinguistik (Pengajaran Bahasa dan Pemerolehan Bahasa)
  2. Linguistik Terapan (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer, Terminologi, Penterjemahan)

 Dr. Ibrahim Hj Ahmad 

  1. Leksikografi
  2. Morfolog

Dr. Muhammad Saiful Haq 
Hussin

  1. Psikolinguistik (Pengajaran Bahasa dan Pemerolehan Bahasa)
  2. Retorik Bahasa Melayu
  3. Bahasa Melayu dan Multimedia
  4. Pengajaran Bahasa Melayu

Dr. Rohaidah Haron

  1. Wacana 

Prof. Dr. Mohamad Mokhtar 
Abu Hassan 

  1. Kesusasteraan Melayu Moden
  2. Kritikan Kesusasteraan
  3. Teori Kesusasteraan
  4. Cerpen Melayu

Prof. Madya Dr. Hashim 
Ismail 

  1. Kritikan Kesusasteraan
  2. Kesusasteraan Melayu Moden

Prof. Madya Dr. Zahir Ahmad

  1. Kesusasteraan Melayu 
  2. Tradisional
  3. Filologi
  4. Sastera Rakyat

Dato’ Dr. Hashim Awang 

  1. Kritikan Sastera
  2. Teori Kesusasteraan