Kemudahan | Facilities

Mesin Fotokopi
Kemudahan membuat mesin salinan foto layan diri ada disediakan dengan menggunakan kad prabayar yang boleh dibeli di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan Pengajian Melayu. Kebenaran membuat salinan foto adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta yang berkuatkuasa.

Bilik Akademik
Kemudahan ini khusus disediakan untuk para staf akademik dan juga pelajar ijazah tinggi Akademi Pengajian Melayu yang ingin membuat rujukan di Perpustakaan.

PC Akses Awam
Terdapat 4 PC akses awam untuk kemudahan pengguna mengakses katalog Perpustakaan dan sumber
dalam talian.


Tempat Simpanan Barang
Pengguna diminta meninggalkan beg atau fail di tempat simpanan yang disediakan. Barangan berharga tidak digalakkan tinggal di situ.