Pengenalan | Introduction

Perpustakaan Pengajian Melayu (PPM) terletak di kompleks Akademi Pengajian Melayu (APM). Perpustakaan Universiti Malaya telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan dan pentadbiran Perpustakaan Pengajian Melayu pada 13 Januari 2006. PPM adalah Perpustakaan Rujukan Dalaman. PPM bertanggungjawab menyediakan bahan rujukan untuk kepada pelajar, pensyarah dan penyelidik untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka. Oleh yang demikian koleksinya adalah memfokus kepada bidang-bidang Pengajian Melayu seperti Bahasa Melayu, linguistik Melayu, Kesusasteraan Melayu, sosio budaya Melayu dan Kesenian Melayu.