VISI, MISI DAN OBJEKTIF AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Visi
Untuk menjadi pusat ilmu Pengajian
Melayu yang ternama di peringkat antarabangsa dalam pengajaran, penyelidikan,
pendokumentasian dan penerbitan.
Misi
Untuk memajukan bidang ilmu Pengajian
Melayu dari segi pengajaran dan pembelajaran melalui penyelidikan,
pendokumentasian dan penerbitan berkualiti untuk agama, bangsa dan negara.
Objektif Akademi Penubuhan Akademi
Pengajian Melayu
1. Mencari, mentakrif dan mengembangkan
ilmu berdasarkan kebenaran yang bersendikan akidah
Islam.
2. Melahirkan ilmuan Pengajian Melayu
yang cemerlang dan berjaya secara duniawi dan ukhrawi.
3. Menyediakan graduan dan ilmuan yang
cekap, berinovatif, beriltizam, beradab, beragama, berwawasan dan peka
terhadap perkembangan ilmu agama dan ilmu keduniaan.
4. Mempertingkatkan serta melengkapkan
usaha-usaha pendokumentasian bahan-bahan ilmu berhubung dengan Pengajian
Melayu dan memasyarakatkan bahan-bahan tersebut.
5. Menjadi pusat kegiatan penyelidikan
Melayu yang utama dan terpenting di dunia. Merakam, mengumpul, menyimpan, dan
memasyarakatkan segala bentuk data tentang Pengajian Melayu.
6. Menjadi pusat kegiatan Pengajian
Melayu yang terunggul di dunia dengan kegiatan seminar, persidangan, dan
kegiatan akademik lain yang berhubung dengan orang Melayu.
Untuk mencapai objektif-objektif di
atas, jabatan-jabatan yang terdapat di APM telah ditubuhkan dengan arah
tujuannya yang tersendiri tetapi bersifat intergratif dan saling melengkapi
LATAR BELAKANG AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Akademi Pengajian Melayu (APM) telah
ditubuhkan pada tahun 1990 hasil daripada Laporan Lembaga Pengajian mengenai
Akademi Pengajian Melayu. Pada masa itu, Akademi Pengajian Melayu memberi
tumpuan kepada kegiatan penyelidikan, penerbitan, dan pendokumentasian, iaitu
sebagai pelengkap kepada fungsi yang dijalankan oleh Jabatan Pengajian Melayu
(JPM) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pada 14 Julai 1995, Jabatan
Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Melayu bergabung dengan rasminya untuk
menjadi satu institusi akademi di Universiti Malaya. Kegiatan utama APM
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian Pengijazahan dan Bahagian Penyelidikan
dan Pembangunan. Bahagian Pengijazahan terdiri daripada Jabatan Bahasa
Melayu, Jabatan Linguistik Melayu, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Jabatan
Sosio-Budaya / Kesenian Melayu. Mulai tahun 2012, Jabatan Sosio-Budaya Melayu
dan Jabatan Kesenian Melayu telah bergabung dari segi pengurusan dan
membentuk Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu. Jabatan Penyelidikan,
Jabatan Dokumentasi dan Jabatan Penerbitan telah dibubarkan dan fungsi-fungsi
jabatan tersebut diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan.
MISI PENUBUHAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Menjadi pusat kecemerlangan Pengajian
Melayu dalam penyebaran dan pengayaan ilmu penyelidikan, pendokumentasian,
penerbitan, dan kegiatan-kegiatan akademik yang lain, dan secara khusus
meletakkan sumbangan Islam sebagai asas penting demi memberikan sumbangan
kepada negara dan kesejahteraan sejagat.
JABATAN-JABATAN AKADEMIK, AKADEMI
PENGAJIAN MELAYU
Pada masa ini terdapat empat Jabatan
Pengajian Pengijazahan yang mengendalikan kursus-kursus
pada peringkat Ijazah Tinggi, iaitu:
1. Jabatan Bahasa Melayu
2. Jabatan Kesusasteraan Melayu
3. Jabatan Linguistik Melayu
4. Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu
1. Jabatan Bahasa Melayu
Jabatan Bahasa Melayu menyediakan kursus yang lebih menumpukan pengajian kepada korpus bahasa Melayu baku. Antara kursus yang ditawarkan ialah Tatabahasa, Bahasa Melayu Lisan, Stilistik, Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Kosa Kata dan Peristilahan, Laras, Semantik, Analisis Wacana, Pengajaran, Leksikografi, Kesantunan, dan Dialektologi.
2. Jabatan Kesusasteraan Melayu
Jabatan Kesusasteraan Melayu menumpukan pengajian kepada teori dan praktikal dengan penumpuan kepada tiga jurusan utama, iaitu Sastera Teras dan Pengajaran Sastera Pengurusan dan Pemasaran Sastera; dan Sastera Kreatif dan Penyuntingan Sastera. Pemahaman dan penguasaan terhadap Sejarah Kesusasteraan Melayu, Teori Sastera, Kritikan Sastera dan genre - genre sastera baik dalam sastera tradisional mahupun moden diberikan penekanan. Disamping itu, penumpuan juga turut diberikan kepada kursus-kursus yang bersifat praktikal dan profesionalisme seperti Pengurusan dan Pemasaran Sastera, Penyuntingan Sastera, Pengajaran dan Penilaian Sastera, Penulisan Kreatif; dan Sastera dan Undang-Undang.
3. Jabatan Linguistik Melayu
Jabatan Linguistik Melayu menumpukan kajian kepada disiplin
linguistik global dan bahasa-bahasa serumpun Melayu yang terdapat di Alam
Melayu, iaitu Pengantar Linguistik Melayu, Kaedah Penyelidikan Linguistik
Lapangan, Pengantar Linguistik Berkomputer, Fonologi, Tipologi Bahasa,
Kaedah Penyelidikan Linguistik Lapangan, Pengantar Linguistik Berkomputer,
Fonologi, Tipologi Bahasa, Struktur Bahasa Jawa, Struktur Bahasa Iban,
Linguistik Bandingan, Teori Asas Nahu dan Penerapannya, Etnolinguistik,
Geolinguistik Alam Melayu, Perbandingan Sistem Antara Bahasa, Linguistik Korpus, Leksiko-Semantik, Kajian Bahasa
Klasik, Pragmatik, pertembungan Bahasa, Dialektologi, Linguistik Teks,
Sosiolinguistik, Sosiologi Bahasa dan Kemahiran Berbahasa.
4. Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu
Sosio-Budaya Melayu menumpukan pengajian kepada masyarakat dan
budaya Melayu, iaitu tentang Etnografi Melayu, Teori Kajian Masyarakat
dan Budaya, Kekeluargaan, Agama dan Kepercayaan, Perubatan dan
Kesihatan, Hukum Adat, Pemikiran Masyarakat Melayu dalam Era Globalisasi,
Budaya Popular Melayu, seni Budaya Melayu, Politik dan Ekonomi Melayu,
Identiti Melayu, Gender, Masyarakat dan Budaya, Organisasi dan
proses-proses sosial, hubungan etnik dan warga tua dalam masyarakat
Melayu.
Kesenian Melayu menumpukan pengajian kepada aspek teoretis dan
pragmatis tentang bidang kesenian dengan penumpuan kepada tiga bidang
utama, iaitu Seni Rupa, Seni Persembahan dan Pengurusan Seni. Pengajian
ini akan memberi tumpuan kepada keberhasilan bentuk-bentuk seni rupa dan
seni persembahan mengikut jenis atau genrenya dengan mengambil kira
aspek penghasilan atau proses kreativitinya, nilai estetika,
keberhasilannya dan kepentingannya dalam masyarakat Melayu. Pengajian
Pengurusan Seni mengutamakan aspek skil dan organisasi kerja serta perancangan bersabit dengan penghasilan seni. Jabatan ini
menyedari kepentingan keilmuan pengajian kesenian sebagai suatu proses
yang bersifat kreatif, kemahiran, usaha sama, bernilai estetika dan
berimpakkan aural, visual dan teknologi.
KEPAKARAN PENSYARAH Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
Prof. Madya Dr. Ab Razak Ab
Karim
Prof. Madya Dr. Indirawati
Zahid
Prof. Madya Dr. Puteri Roslina
Abdul Wahid
Dr. Ibrahim Hj Ahmad
Dr. Muhammad Saiful Haq
Hussin
Dr. Rohaidah Haron
Prof. Dr. Mohamad Mokhtar
Abu Hassan
Prof. Madya Dr. Hashim
Ismail
Prof. Madya Dr. Zahir Ahmad
Dato’ Dr. Hashim Awang
|
Profail Akademi Pengajian Melayu | Academy of Malay Studies' Profile
Subscribe to:
Posts (Atom)